Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraihkan seberapa banyak pahala dan ganjaran dengan mengerjakan pelbagai amal ibadat di dalam bulan Ramadan ini, maka Program Ihya' Ramadan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Sg Kob telah dirancang dan disusun ke arah matlamat tersebut. Program ini juga merupakan kesinambungan daripada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang berterusan kepada semua murid. Program ini juga merupakan kemuncak daripada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang menganjurkan beberapa aktiviti ke arah pengukuhan dalam mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk direalisasikan di dalam program ini.
Pada 30 Ogos 2009 bersamaan 9 Ramadan 1430H, satu majlis Perasmian Pembukaan Program Ihya' Ramadan 1430H telah diadakan. Majlis ini berlansung pada jam 10.35 pagi dan disempurnakan oleh Pn. Hjh Wan Soraiya Wan Yahaya Guru Besar SK Sg. Kob.
























