Khamis, 21 Julai 2011:
Suasana Desa SKSK meriah kembali. Kehadiran murid-murid tahun 6 SK Sungai Kob berkampung di SKSK selama 3 hari 2 malam di dalam menyertai KEM BESTARI FARDHU AIN UPSR 2011 amatlah dinanti-nantikan.
Bertempat di SKSK, kem ini akan berlansung pada 21, 22, dan 23 Julai 2011. Ianya adalah satu aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Islam SKSK dan Guru-guru tahun 6.
Kem ini adalah merupakan kemuncak perkhemahan, latihan ibadat, motivasi dan ujian amali kepada murid-murid Tahun 6 di dalam penilaian Perkara Asas Fardhu ain (PAFA) yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Disamping itu, program ini juga bermatlamat dalam membina satu golongan murid-murid yang beriman, berpengetahuan, bersahsiah mulia, berdaya tahan, berkemahiran menguruskan diri, masa, masalah dan berkemampuan menghadapi cabaran mendatang dengan tabah dan jayanya.























